Soalan Lazim

 

Berapa lama masa diambil untuk pembelian hingga barang diterima oleh pembeli?

Selalunya, proses pembelian mengambil masa 3 hari sehingga barang diterima pengguna. 1 hari untuk pembelian dan pengesahan dan 2 hari untuk penghantaran.

 

Bagaimana pembayaran sekiranya pembeli tidak mempunyai akaun Maybank?

Kami hanya menerima pindahan wang ke akaun Maybank kami. Sekiranya anda membayar menggunakan perbankan online dari bank lain, kami menasihatkan pembeli supaya menggunakan khidmat IBFT untuk pemindahan wang supaya pengesahan boleh dilakukan secepat mungkin. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan khidmat pemindahan wang melalui GIRO, ia akan mengambil masa 3 hari dan ini akan melambatkan lagi proses penghantaran barang. Kedua-dua khidmat ini selalunya ada caj tambahan dari bank.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan perbankan online, sila buat pembayaran melalui auto-teller machine (ATM) atau cash deposit machine (CDM) di mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda.

 

Adakah pihak Raw Factory Flavor membuat penghantaran ke luar negara?

Ya. Kami membuat penghantaran ke seluruh dunia. Tempoh masa penghantaran dan jumlah caj akan diberitahu kemudian bergantung kepada lokasi penerima, melalui emel berasingan.

 

Bagaimana hendak mengetahui status penghantaran barang saya?

Sekiranya status pesanan anda adalah ‘Delivering’, pesanan tersebut telah diproses oleh pihak kami dan seterusnya bergantung kepada pihak PosLaju untuk penghantaran. Nombor pengesanan (tracking number) untuk barangan tersebut boleh didapati di laman ‘My Account’ dan anda boleh memeriksa status penghantaran di laman PosLaju sendiri.

Sekiranya barang yang dihantar tidak sampai kepada anda selepas 7 hari, sila hubungi kami seperti tercatat di laman ini.

 

Bagaimana untuk menukar pesanan (order) sekiranya ianya telah dibuat?

Anda boleh saja membatalkan pesanan tersebut dan membuat pesanan baharu. Pembungkusan dan penghantaran pesanan hanya akan dilakukan setelah pembayaran diterima dan disahkan oleh pihak kami melalui Whatsapp atau emel.

 

Bolehkah saya memberi nombor rujukan pindahan wang melalui SMS?

Untuk lebih selamat, kami memerlukan sekurang-kurangnya gambar resit asal sebagai bukti pembayaran anda. Sekiranya anda hanya SMS, Whatsapp atau telefon kami dengan memberikan nombor rujukan pindahan wang kepada kami, kami akan tetap menyuruh anda menghantar gambar resit asal atau resit itu sendiri kepada kami sama ada melalui Whatsapp, emel atau datang sendiri ke kedai kami.

 

Bolehkah saya membuat pesanan di atas talian (online) tetapi membayarnya di kedai?

Ya. Anda boleh membuat pesanan online dan membayarnya di kedai kami. Sila pilih pilihan ‘Local Pickup’ pada ruang ‘Shipping Method’ ketika anda mengakhiri pesanan online. Kami hanya memulakan proses pembungkusan pesanan hanya selepas bayaran diterima dan disahkan di kaunter.