Cara Membuat Pembelian

logo_flavor_panjang

Meletak Pesanan

Sangat mudah untuk membuat pembelian di laman web Raw Factory Flavor. Di sini kami menyediakan garis panduan untuk membantu anda memulakan pembelian dengan membuat pesanan.

  1. Pilih produk yang hendak di beli dan klik pada butang ‘Add to Cart’.
  2. Teruskan membeli belah dengan menambah produk dalam bakul (Cart) atau klik butang ‘Checkout’ untuk membuat pesanan.
  3. Anda akan dibawa ke halaman butiran diri. Untuk pengguna baharu, anda perlu mengisi ruang kosong dan mendaftar. Untuk pengguna sedia ada, sila daftar masuk menggunakan pengguna dan kata laluan anda. Butiran anda akan muncul sekiranya anda sudah login.
  4. Klik butang ‘Place Order’.
  5. Anda akan menerima emel untuk pesanan yang baru diletakkan.
  6. Sila rujuk ruangan ‘Membuat Pembayaran’ untuk langkah seterusnya.

 

Membuat Pembayaran

Untuk membuat bayaran melalui perbankan atas talian, kami hanya menerima pembayaran menerusi akaun Maybank kami. Sekiranya anda membuat pembayaran melalui perbankan selain dari Maybank, anda dinasihatkan membuat pemindahan wang menggunakan IBFT (Instant Interbank Fund Transfer), supaya transaksi kewangan dan pengesahan akan lebih cepat dan lancar.

  1. Login melalui perbankan atas talian pilihan anda.
  2. Sekiranya anda bukan pengguna Maybank2u, sila pastikan anda memilih Maybank sebagai bank penerima.
  3. Buat pembayaran ke akaun di bawah:
    Nama penerima: Ibrahim bin Inon
    No akaun: 151071097845
    Email: payment@rawfactoryflavor.com
    Nota (remarks): Sila nyatakan nomber pesanan (order ID)
  4. Selepas transaksi berjaya, sila cetak resit elektronik atau buat screenshot untuk lampiran.
  5. Hantarkan lampiran atau gambar resit (pastikan nombor rujukan adalah jelas untuk rujukan kami) melalui Whatsapp ke nombor +6019 219 5154 atau emelkan ke payment@rawfactoryflavor.com. Sila nyatakan ID pesanan (order ID).
  6. Sekiranya pesanan dan pembayaran telah disahkan, anda akan menerima emel pengesahan dan kami akan terus memproses pesanan anda mengikut pilihan penghantaran.
  7. Anda juga boleh menyemak status terkini setiap pesanan di laman ‘My Account’.
  8. Sila lihat bahagian Penghantaran Pesanan.

Untuk membuat pembayaran melalui cara pemindahan wang tunai melalui mesin:

  1. Pergi ke ATM/CDM Maybank yang terdekat.
  2. Sekiranya anda menggunakan ATM, sila pilih Deposit Tunai.
  3. Masukkan butiran akaun penerima seperti di bawah:
    Nama penerima: Ibrahim bin Inon
    No akaun: 151071097845
  4. Simpan resit untuk lampiran. Sila imbas atau muat naik ke telefon bimbit anda menggunakan kamera.
  5. Hantarkan lampiran atau gambar resit (pastikan nombor rujukan adalah jelas untuk rujukan kami) melalui Whatsapp ke nombor +6019 219 5154 atau emelkan ke payment@rawfactoryflavor.com. Sila nyatakan ID pesanan (order ID).
  6. Sekiranya pesanan dan pembayaran telah disahkan, anda akan menerima emel pengesahan dan kami akan terus memproses pesanan anda mengikut pilihan penghantaran.
  7. Anda juga boleh menyemak status terkini setiap pesanan di laman ‘My Account’.
  8. Sila lihat bahagian Penghantaran Pesanan.

 

Penghantaran Pesanan

Sekiranya pengesahan bayaran telah dibuat, kami akan memproses pesanan anda untuk penhantaran atau pengambilan. Anda boleh memilih untuk membuat pengambilan tempatan (local pick-up) di kedai kami bermula dari pukul 2 petang hingga 2 pagi setiap hari atau menggunakan perkhidmatan penghantaran PosLaju. Sekiranya pengesahan bayaran diterima selepas pukul 3 petang, penghantaran PosLaju akan dibuat pada keesokan harinya (kecuali hari Ahad).